Teknik Marmet



Kaedah Marmet membantu mengumpul lebih banyak susu berbanding menggunakan pam bagi sesetengah orang. Ia tidak merosakkan tisu, lebam atau melecet. Sentuhan kulit ke kulit iaitu tangan dengan payudara adalah lebih efektif dalam merangsang payudara untuk pengaliran susu. Jadi, tak rugi belajar dan mencuba. Ikuti dahulu teknik mengurut sebelum melakukan teknik Marmet ini.


Mengalirkan takungan susu mengikut kaedah Marmet
1) Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1cm dari aerola. Jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola. Umpamakan payudara seperti sebuah jam, jadinya ibu jari pada no 12, dan jari lain pada no 6.
Teknik Marmet

2) Tekan payu dara secara
 lembut ke arah dada tanpa mengubah posisi jari-jari.
Teknik Marmet

3) Seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar dr puting. Kemudian lepas dan ulang semula. Lakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas.
Teknik Marmet

4)Ulang langkah 1 hingga 3 sampailah aliran susu berkurangan.

5)Kemudian barulah pindah posisi jari-jari itu mengikut kedudukan jarum jam. Ibu jari 11,10,9, 8 dan 7 manakala jari telunjuk ke arah 5,4,3,2 dan 1. Lakukan gerakan yang sama seperi langkah 1-4 sebelum menukar posisi jari-jari itu. Ini untuk memastikan kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya.
Teknik Marmet

6)Susu yang diperah, disimpan dalam bekas yang bersih dan bertutup.
7)Selepas berjaya mengosongkan payudara, beralihlah ke payudara sebelahnya.



Langkah melancarkan pengaliran susu (dilakukan semasa rutin picit-lepas)
1)Urut setiap saluran susu dengan menekan secara lembut kearah dada dengan menggunakan kelima-lima jari bermula dari bahagian atas. Lakukan gerakan memutar pada satu bahagian saluran susu selama beberapa saat sebelum beralih ke bahagian lain.
2)Usap payu dara dari arah atas ke puting dengan sentuhan geletek. Ia dapat menenangkan dan melancarkan aliran susu.

Aturan
Perah setiap payu dara 5-7minit. Kemudian lakukan
 rutin urutan. Sambung balik sesi perahan untuk 3-5 minit lagi untuk setiap payudara. Ulang lagi rutin urutan dan sambung sesi perahan untuk 2-3 minit untuk setiap payudara.

JANGAN
-
picit puting kerana boleh menyebabkan lebam
-
tarik puting kerana boleh merosakkan tisu
-
geselkan tangan dengan payudara kerana boleh melecet

Source - Pa&Ma

No comments

Powered by Blogger.