Bagaimanakah caranya untuk mengekalkan berat badan ideal seperti sebelum mengandung atau lebih kurus dari sebelum mengandung?
· Sewaktu mengandung jaga pemakanan dan kuantiti makanan anda. Jangan makan berdua sebab terlebih makan boleh menyebabkan berat anda lebih dari kenaikan berat biasa. Dan sebenarnya anda tak perlukan makan lebih sewaktu mengandung! Banyakkan makan serat dari sayur-sayuran dan buah-buahan.
· Sewaktu berpantang pula ikut disiplin sewaktu berpantang. Amalkan vitamin dan herba yang mesti di ambil setiap hari untuk memanaskan semula badan. Badan yang sejuk mudah masuk angin dan akan kelihatan sembab dan tidak berseri.
· Jangan tinggal berbengkung( ni ramai yang ponteng sebab tak tahan panas ).Berbengkung la sepanjang hari kecuali waktu nak mandi. Nak cantik mesti banyak sabar kan?
· Habis pantang bersalin, kawal pemakanan anda. Bukan tak boleh makan makanan berminyak tapi pandai-pandailah atur menu supaya sajian anda menyihatkan.
Seelok-eloknya makan makanan berat pada waktu sarapan, makan kurang pada waktu tengahari dan makan malam sebelum pukul 6 petang!
· Buat exercise perlahan-lahan. Mulakan yang ringan-ringan dulu.Tak perlu paksa diri untuk lakukan exercise yang berat berat.
· Minum lebih air masak kerana air masak mencuci kekotoran yang berada di dalam badan . Minum 1 liter air untuk 25kg berat badan.
· Jika anda terpaksa makan di luar, amalkan minum selepas habis makan.
· Jika anda tak lalu minum air masak sahaja, elok memesan air limau nipis panas ( limau nipis bagus untuk menurunkan berat badan-kalau diamalkan memang ada kesan yang bagus! ).
· Jangan sekali-kali skip makan tengah hari kerana apabila anda terlalu lapar, anda akan makan dengan banyak untuk waktu makan yang seterusnya.
Disiplin dan sabar sangatlah penting untuk dapatkan badan yang cantik. Jangan jadikan anak-anak sebagai alasan untuk tidak jaga badan! Sayangi diri anda,barulah anda boleh jaga dan sayang orang-orang tersayang, betulkan?
Post a Comment