Showing posts with label Rambut Sihat. Show all posts
Showing posts with label Rambut Sihat. Show all posts

Alfalfa

January 26, 2012

Kebaikan ALFALFA (Lucerne) yang kaya dan hijau telah lama diakui kerana khasiatnya yang unik. Alfalfa kaya dengan vitamin dan mineral. Ia bukan sahaja mengandungi 8 asid amino yang diperlukan tetapi juga sumber yang kaya dengan vitamin A,B12, D dan K. 
Dengan nilai kesihatan dan khasiatnya yang tinggi, Alfalfa juga dikenali sebagai "Bapa Segala Makanan".
Alfalfa merupakan satu gudang zat. Akar tunjangnya yang mengunjur ke bawah sedalam 6 meter untuk mencari pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil dalam amaun yang banyak melalui proses fotosintesis yang semulajadi. 

Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.

  • Sumber semula jadi dari alfalfa
  • Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu
Kebaikan Alfalfa
  • "Bapa Segala Makanan", Alfalfa adalah makanan yang lengkap - makanan tambahan yang ideal untuk kesihatan dan tenaga.
  • Alfalfa mempunyai kandungan klorofil yang tinggi, bertindak sebagai pembersih tubuh yang asli, pelawan infleksi dan alat penyahbau yang asli.
  • Alfalfa adalah julap yang baik dan diuretik yang asli, digunakan untuk merawat infleksi urinari, buah pinggang dan pundi kencing dan kerosakan kelenjar prostat.
  • Alfalfa ialah terapeutik untuk artritis dan pengekalan air. Tabib-tabib Cina di kurun ke-6 menggunakan Alfalfa untuk merawat batu karang dan untuk melegakan pengekalan cecair dan bengkak.
  • Alfalfa adalah juga tonik perangsang untuk ketidakhadaman, kurang darah, kurang selera makan dan pengasimilasi nutrien yang kurang baik.
  • Alfalfa ialah pembuka selera makan yang ulung di mana didapati ia boleh merendahkan paras kolestrol dan memperbaiki kesihatan dan kecergasan.
  • Alfalfa mengalkalikan dan menyahtoksikkan tubuh terutama hati. Menggalakkan fungsi kelenjar pituitari dan mengandungi agen anti-kulat.
  • Alfalfa digunakan untuk merawat sakit kuning dan untuk menggalakkan pembekuan darah.
  • Alfalfa membantu merangsang laktasi untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi.
  • Alfalfa secara tradisionalnya dibuat tuam untuk rawatan bisul dan gigitan serangga.

Teknik Marmet

January 25, 2012


Kaedah Marmet membantu mengumpul lebih banyak susu berbanding menggunakan pam bagi sesetengah orang. Ia tidak merosakkan tisu, lebam atau melecet. Sentuhan kulit ke kulit iaitu tangan dengan payudara adalah lebih efektif dalam merangsang payudara untuk pengaliran susu. Jadi, tak rugi belajar dan mencuba. Ikuti dahulu teknik mengurut sebelum melakukan teknik Marmet ini.


Mengalirkan takungan susu mengikut kaedah Marmet
1) Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1cm dari aerola. Jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola. Umpamakan payudara seperti sebuah jam, jadinya ibu jari pada no 12, dan jari lain pada no 6.
Teknik Marmet

2) Tekan payu dara secara
 lembut ke arah dada tanpa mengubah posisi jari-jari.
Teknik Marmet

3) Seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar dr puting. Kemudian lepas dan ulang semula. Lakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas.
Teknik Marmet

4)Ulang langkah 1 hingga 3 sampailah aliran susu berkurangan.

5)Kemudian barulah pindah posisi jari-jari itu mengikut kedudukan jarum jam. Ibu jari 11,10,9, 8 dan 7 manakala jari telunjuk ke arah 5,4,3,2 dan 1. Lakukan gerakan yang sama seperi langkah 1-4 sebelum menukar posisi jari-jari itu. Ini untuk memastikan kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya.
Teknik Marmet

6)Susu yang diperah, disimpan dalam bekas yang bersih dan bertutup.
7)Selepas berjaya mengosongkan payudara, beralihlah ke payudara sebelahnya.



Langkah melancarkan pengaliran susu (dilakukan semasa rutin picit-lepas)
1)Urut setiap saluran susu dengan menekan secara lembut kearah dada dengan menggunakan kelima-lima jari bermula dari bahagian atas. Lakukan gerakan memutar pada satu bahagian saluran susu selama beberapa saat sebelum beralih ke bahagian lain.
2)Usap payu dara dari arah atas ke puting dengan sentuhan geletek. Ia dapat menenangkan dan melancarkan aliran susu.

Aturan
Perah setiap payu dara 5-7minit. Kemudian lakukan
 rutin urutan. Sambung balik sesi perahan untuk 3-5 minit lagi untuk setiap payudara. Ulang lagi rutin urutan dan sambung sesi perahan untuk 2-3 minit untuk setiap payudara.

JANGAN
-
picit puting kerana boleh menyebabkan lebam
-
tarik puting kerana boleh merosakkan tisu
-
geselkan tangan dengan payudara kerana boleh melecet

Source - Pa&Ma

Rambut cantik dan sihat milik saya!

January 15, 2012
Masalah rambut jadi masalah kronik bagi saya selepas 6 bulan saya melahirkan anak ke tiga. Cukup merisaukan...sampai anak-anak pun perasan yang rambut Mama dah nak botak. Tiap-hari pun suami saya merungut kerana sapu rumah makin banyak rambut yang disapu. Saya dah cuba macam-macam tonik rambut, syampu...semua yang orang cadangkan saya cuba,tapi malangnya tidak ada kesan. Sampai satu tahap saya fikir mungkin masalah saya ni tak dapat disel;esaikan lagi.Sehinggalah Mommy Lyna mencadangkan saya mengambil Zink Shaklee. Dan hasilnya,dalam masa seminggu sahaja, tak ada lagi masalah rambut gugur..Fuyyo!!Cepatkan? Alhamdulillah! Saya sangat bersyukur kerana sekarang saya tak perlu risau lagi!
        
Cantikkan bila rambut sihat dan bermaya macam ni?
Anda juga boleh dapatkan kembali rambut yang sihat walau apapun masalahnya. Hubungi saya untuk dapatkan Set Rambut sihat anda sekarang! Masalah Rambut? Tiada lagi!





Powered by Blogger.