Jerawat
Jerawat (acne vulgaris, acne) adalah gangguan pada kulit
yang terjadi ketika minyak dan sel kulit mati menyumbat pori-pori. Jerawat
merupakan permasalahan yang paling umum pada kulit, yang dicirikan dengan
hadirnya komedo, kulit kemerahan karena iritasi, noda hitam, atau bintik merah
membengkak hingga bernanah.
1. Jerawat biasa.
Jerawat biasa ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
-blackhead pada hidung
Blackhead (bintik hitam) – Berbeza dengan bintik putih,
bintik hitam ini terjadi kerana liang atas telah terbuka dan pigmen kulit telah
teroksida dengan oksigen. Ianya belum dijangkiti kuman namun elakkan dari
menggunakan scrub muka kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan.
-whitehead pada muka
Whitehead (bintik putih) – Bintik putih ini berlaku kerana
sebum telah memenuhi liang kulit muka dan menyebabkannya tersumbat dan kulit
telah mati. Liang telah tertutup diatas dan memerlukan rawatan intensif.
-Papules – Liang kulit muka dan sekitar telah dijangkiti
kuman dan berlaku radang.
-Pustular-psoriasis
Pustules – Peringkat yang lebih kronik dari papules. Liang
kulit muka juga telah diserang kuman dalam tempoh yang lama menyebabkannya
radang mengeluarkan nanah dari liang kulit muka.
2. Jerawat Serius Atau Acne Vulgaris
-nodule atau jerawat batu
Nodul -Lebih dikenali sebagai jerawat batu dalam masyarakat
kita. Jerawat ini sakit bila disentuh. Kelihatan berbonjol dan bersaiz lebih
besar dari jerawat biasa. Lazimnya, akan meninggalkan parut dimuka dan
berulang-ulang di kawasan yang sama.
-sista atau cyst
Sista – Sista atau cyst ini terjadi akibat kombinasi
jerawat-jerawat nodul yang bercantum antara satu sama lain sehingga membentuk
sista yang besar. Jangan sesekali memicit jerawat ini kerana ianya akan
menjadikannya lebih merebak dan meninggalkan parut yang tak diingini.
3. Jerawat Kronik Atau Acne Rosacea
Apa itu rosacea
– Masalah kulit muka ini sering disalahtafsir sebagai
sejenis jerawat. Sebenarnya ia bukan jerawat dan sudah tentu rawatannya juga
berbeza. Acne Rosacea ini wujud sebagai bonjolan bernanah berwarna merah dan
tak mempunyai bintik hitam. Seolah-olah sama dgn acne vulgaris. Jika dibiarkan
tanpa rawatan, anda berisiko menghadapi bengkak hidung. Disarankan untuk anda
berjumpa pakar kulit untuk masalah ini. Lazimnya menyerang wanita berumur 30
tahun dan ke atas.
4. Jerawat Kronik Lain (Severe Acne)
Acne Conblongata
-Acne-vulgaris
– Tahap yang paling teruk bagi Acne Vulgaris. Biasanya
menyerang lelaki. Meninggalkan kesan parut kekal dan menyerang kawasan muka,
dada, belakang badan, atas tangan, punggung dan peha. Lazimnya menyerang belia
berusia 10 tahun ke 30 tahun.
Acne-fulminans
– Masalah kulit ini akan menyerang secara tiba-tiba selepas
dijangkiti masalah acne conblongata. Biasanya akan dihadapi oleh golongan
lelaki dan usia muda. Simptom-simptomnya diserang demam, gatal yang teruk dan
tak bereaksi kepada antibiotik.
Gram-Negative Folliculitis
gram-negative-folliculitis
– diakiatkan oleh jangkitan kuman berkemungkinan kerana
kesan dari rawatan antibiotik dalam jangkamasa lama untuk merawat jerawat
pustules atau sista. Masalah kulit muka ini jarang berlaku dan boleh dirawat.
Pyoderma Faciale (Rosacea Fulminans)
rosacea-fulminans
– Hanya dihadapi oleh wanita berusia dalam lingkungan usia
20 ke 40 tahun. Simptom yang dihadapi adalah seperti jerawat batu (nodules)
besar yang sakit, luka-luka. Menyerang secara mendadak dan berpotensi menyerang
mereka yang tak pernah menghadapi masalah jerawat. Ianya akan berlarutan untuk
beberapa tempoh tertentu dan akhirnya akan sembuh.
Post a Comment