Hamil dan diabetes?
Jika ibu seorang yang menghidap diabetis. ibu seharusnya lebih berhati-hati jika mahu merancang untuk hamil. Seorang ibu harus ikut diet hamil yang sepatutnya.
Ibu juga tak boleh ambil diet sebarangan tau. Perlu dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan. Mereka akan bantu ibu untuk kira kadar kalori mengikut kiraan berat, tinggi, aktiviti seharian ibu, usia kehamilan dan jumlah nutrisi yang memang ibu perlukan.
Biasanya ia berpandukan kepada waktu makan setiap tiga jam sekali dengan jumlah kekerapan enam kali sehari. Tiga kali makanan utama dan tiga kali makanan ringan.
Ibu kena kurangkan makanan yang mengandungi gula dan karbohidrat tinggi. Seperti kuih muih dan minuman manis.
Ibu kena banyakan pengambilan serat, terutamanya yang larut dalam air seperti epal, biji-bijian dan kekacang.
Ibu yang menghadapi diabetis dan hamil perlu cakna apa yang diambil seharian. Bagi memastikan mibu dan bayi sihat sepanjang kehamilan.
Post a Comment