makan sihat

April 08, 2019
Nak share slot dlm rancangan Prof Muhaya dlm TV Alhijrah dgn tajuk Mengatasi kanser.

Kanser adalah kegagalan manusia yg kurang mkn sayur n buah. 

Jadi tips mengatasi kanser: 

Bykkan ...
G - Greens, 
B - Berries, 
O - Onion, 
M - Mushrom, 
S - Seeds. 

Kurangkan protein dlm hidangan. 

Bykkan air putih. 

Elakkan protein + gula adalah baja utk kanser. 

Tetamu yg dipanggil ke studio pesakit kanser tahap 4. 

Semasa diagnos koma 3 hari. 

Kembali sihat setelah mengamalkan makan h.sauda, air zam2, minum air lemon, berries ( anggur, kurma etc ). 

Kesihatan beliau kembali sihat setelah mengamalkan makanan secara natural. 

Tak mengambil perubatan seperti kimo. Dgn alasan bila beliau mengamalkan makanan yg sihat, natural ... kansernya tidak bkembang. 

Dia yakin dgn cara natural beliau btambah sihat.

Pemakanan sblm kena kanser...fast food, McD, daging, sup tulang, air berkarbonat, kurang mkn buah n sayur. 

Hargai kesihatan anda.👍 ubah tabiat mkn kpd yg lebih sihat n natural. 

Bykkan sayur hijau, jus buah n buah-buahan. 

Sharing is caring.

Senarai sayur-sayuran yang dpt membantu mencegah kanser :

01: 98.7% - ubi keledek kukus
02: 94.4% - ubi keledek mentah
03: 93.9% - asparagus
04: 82.8% - kubis bunga
05: 91.4% - kubis
06: 90.8% - brokoli
07: 83.7% - daun saderi
08: 74.0% - kulit terung
09: 55.5% - lada benggala
10: 46.5% - lobak merah
11: 37.6% - bunga lily kering
12: 35.4% - kubis cina
13: 34.7% - kailan
14: 32.9% - sawi 
15: 29.8% - mizuna/sawi Jepun
16: 23.8% - tomato

Minum air lemon panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat drp air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut

2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.

3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.

7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur. 

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.

18. Makanan yang menbuatkan anda segar.. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

Air lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama. 

Air lemon panas boleh membunuh sel kanser.

Tmbhkn  air panas dgn 2-3 hirisan lemon. Jadikannya minuman harian. 

Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan utk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. Tomato yang dimasak mempunyai penyembuh berbanding tomato mentah.

Air lemon panas blh mengawal pertumbuhan kanser tumor.

Ujian klinikal tlh membuktikan kajian air lemon panas.

Air lemon panas boleh mencegah darah beku.

*** Jangan kedekut ilmu. Sila sebarkan!
***Jom amalkan demi kesihatan😊

*Sharing is caring*

Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting

September 23, 2018
Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. .

Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.
.

Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

Dapatkan CoQ-Trol Plus anda sekarang





Mengayuh basikal satu senaman ke?

September 23, 2018

23 September 2018 Ahad
Berbasikal di luar rumah adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan. Pagi minggu biasanya, masa yang kami guna untuk berbasikal. Aktiviti berbasikal lebih berfaedah sekiranya,dijadikan satu program untuk membentuk kecergasan fizikal. Tambahan pula berbasikal adalah sesuai untuk semua peringkat umur.
Bagi mereka yang baru nak mula bersenam kembali, aktiviti berbasikal adalah selamat kerana  kira-kira 70% berat tubuh disalurkan kepada tayar basikal berbanding pergelangan kaki.




3 Manfaat Senaman berbasikal:

1. Mengurangkan risiko sakit kronik
    Kajian mendapati berbasikal amat sesuai  untuk diamalkan  oleh penghidap bronchitis dan asma  kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.

2. Memperbaiki mood
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormone endorphin yang membuatkan kita gembira sekaligus membuatkan kita tidak berasa penat dan lebih positif dalam kehidupan seharian.

3. Menurunkan tahap koletrol

Dan banyak lagi faedah bagus yang lain.



Pemandangan cantic di tasik shah Alam,

Alhamdulillah! 3 jam 30 minit  berbasikal.




Epal hijau aje ke bagus untuk kesihatan?

September 19, 2018
Kecantikan terserlah bila kita bersedia menjadi diri sendiri!

Betul ke epal hijau paling bagus untuk kesihatan, untuk berdiet?   Makanlah keduanya, sangat bagus untuk kesihatan, bahkan epal merupakan buah yang selamat dimakan sepanjang tempoh berpantang selepas melahirkan.



KENAPA KALSIUM PENTING?

March 21, 2017
Adakah kita tahu?

Kalsium adalah mineral yang paling banyak di dalam badan.


Jadi, lebih kurang 2 peratus dari seluruh berat badan, adalah terdiri dari mineral kalsium.

Dalam lingkungan 98% dari jumlah 2 peratus kalsium tadi, terdapat di dalam tulang kita.
Selebihnya, 1%  ada di dalam gigi dan 1% lagi berada di dalam peredaran darah.

Disebabkan hanya ada 1%  kalsium di dalam darah, ia menjadikan kalsium ini tersangat penting dan mineral yang sangat diperlukan oleh kita.


Mengapa Kalsium Penting untuk Tubuh Badan?


Kerana dari jumlah 1 peratus kalsium inilah, sel badan akan menggunakan sumber kalsium ini untuk kepentingan pembentukan tulang kita. Namun begitu, jika jumlah kalsium di dalam darah kurang dari 1 peratus, kalsium yang tidak cukup tadi akan ditarik oleh sel tulang untuk mengembalikan kalsium ke dalam darah kita untuk menjadikannya cukup 1 peratus.

Disebabkan itulah, bila kita kekurangan kalsium, sel badan terpaksa menggunakan kalsium dari tulang yang amat kita perlukan untuk melakukan aktiviti kita seharian seperti berjalan, duduk, berlari dan sebagainya.
Haaa!!!disinilah bermulanya episod kesakitan tulang secara tiba-tiba tanpa kita sedari, lenguh-lenguh badan dan sebagainya.



Oh, begitu senang rupanya kalsium hilang dari tubuh kita!


Selain itu, kalsium membantu kita untuk proses jantung mengepam darah, mengawal tekanan darah, membekukan darah, pengecutan otot dan peregangan otot dan proses menghantar utusan atau impulse ke seluruh badan melalui sistem saraf.
vitamin untuk tulang, vitamin terbaik untuk tulang rapuh, sakit lutut, gigi kuat,
OSTEMATRIX

4 sebab kenapa kalsium sangat diperlukan :


1) membina kebanyakan hormon dan enzim badan, terutamanya yang mengawal penghadaman badan dan bagaimana badan menggunakan tenaga dan lemak di dalam badan kita. 


2) Kalsium juga penting untuk membina tisu penghubung 


3) menurunkan tekanan darah yang tinggi;


4) dan kalsium penting untuk mengawal terjadinya kanser kolon.


Jadi, betapa kalsium sangat-sangat diperlukan oleh badan dan kita perlu menghargai kehadiran 1 peratus kalsium yang ada di dalam darah kita untuk mengawalselia kesemua proses penting di dalam badan.


Mahukah anda secara tiba-tiba mengalami keguguran gigi? Sanggupkah anda mengalami kekejangan kaki secara tiba-tiba sewaktu melakukan aktiviti kegemaran anda? Atau di waktu usia muda ini kita telah mengalami sakit pinggang atau tulang belakang?


PILIH UNTUK SIHAT!

CALL/WHATSAPP: SURYNN 0193906276

Kenapa kena makan Vitamin?

March 15, 2017
Kenapa agaknya kita kena ambil vitamin sebagai pemakanan tambahan kita?

Kita memerlukan supplemen untuk  membekalkan nutrien yang tubuh kita tidak boleh dapat dari makanan kita.



1)Walaupun kita rasa kita dah makan cukup semua vitamin melalui pemakanan seimbang, tapi anda perlu diingatkan tentang satu fakta ini. Nutrien dalam makanan hari ini sudah berkurangan disebabkan pelbagai factor.
2)Pemakanan kita yang tidak seimbang lebih-lebih lagi kalau terpaksa makan di luar.
3)Pencemaran alam termasuklah asap kereta, radiasi (henpon, komputer, barang letrik), asap kilang, habuk construction dan sebagainya. Ini semua menyumbang kepada penghasilan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh kita & menyebabkan kanser!
4)Kita sering tertekan atau dengan kata lain stress. Setiap kali kita stress, sebenarnya ia memberi kesan kepada kolesterol kita (walaupun rasa dah tak makan makanan berlemak).
5)Barangan yang kita guna banyak mengandungi bahan kimia. Walaupun kita rasa dah makan dan guna produk organik, tapi terdapat bahan-bahan kimia yang tersembunyi dalam barang plastik, dakwat, cat, baju, kasut dan sebagainya yang kita duk pakai hari-hari yang kita tak perasan.
Dan banyak lagilah faktor-faktor yang merosakkan badan kita, dan kalau saya senaraikan belum tentu habis di sini sahaja.
Pokok pangkalnya, saya nak ajak anda berfikir di antara dua persoalan ini;
(i) Makan ubat bila dah sakit
ATAU
(ii) kawal dan jaga sebelum sakit dengan Shaklee

yang mana satu anda akan pilih?

kANSER

March 15, 2017
APA KITA PERLU TAHU TENTANG KANSER?
- Kanser terjadi bila DNA rosak
-Kanser = sel yang memberontak, tak ikut cakap tuan punya badan, ikut sukahati dia, guna tenaga badan orang tu untuk membesar dan menjalar dalam badan
- Kanser paling teruk - kanser pankreas, kanser kawasan pundi hempedu & kanser tiroid. 
Tiada simptom , terus tahap 3, 4!!!
- Kimoterapi berupaya kurangkan sel kanser dan buat pesakit lebih sihat.
- Pemeriksaan breast kanser ada 2 jenis
(1) breast ultra sound untuk wanita bawah 40 tahun
(2) mamogram untuk wanita 40 tahun ke atas
- Barah wujud tanpa ada rasa sakit
-Amalkan Gaya hidup sihat
-SENAMAN terbukti kurangkan risiko barah 25%
-Vit D dalam badan kurangkan risiko barah nak melekat
- Rawatan kanser
(1) KIMOTERAPI
(2) targeted terapi
(3) imun terapi

Punca baby besar dari dalam perut.

March 12, 2017

Tahu tak kerap mengambil makanan manis semasa hamil boleh menyebabkan baby besar dari dalam perut.

Antara beberapa punca sebenarnya mengapa baby lahir besar;

🍭 Faktor gula dalam darah yang tinggi pada kehamilan diabetes mellitus.

🍭 Mommy yang mengalami obesiti dan kelebihan berat badan saat hamil.

🍭Mommy yang "gemuk" berisiko 4 hingga 12 kali melahirkan baby yang besar.

🍭 Baby yang lahir lebih dari 42 minggu berkemungkinan lahir sehingga 4.5kg! 

🍭 Faktor genetik disebut sebagai salah satu puncanya. Mommy yang lahir lewat bulan akan melahirkan baby lahir lewat bulan juga.

🍭 Mommy dengan kehamilan lebih dari 2 juga berpotensi melahirkan baby besar, kerana umumnya berat seorang baby yang akan lahir berikutnya bertambah sekitar 80 hingga 120 grm.

Hamil dan diabetes?

March 12, 2017
 Jika ibu seorang yang menghidap diabetis. ibu seharusnya lebih berhati-hati jika mahu merancang untuk hamil. Seorang ibu  harus ikut diet hamil yang sepatutnya.
 Ibu juga tak boleh ambil diet sebarangan tau. Perlu dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan. Mereka akan bantu ibu untuk kira kadar kalori mengikut kiraan berat, tinggi, aktiviti seharian ibu, usia kehamilan dan jumlah nutrisi yang memang ibu perlukan.
 Biasanya ia berpandukan kepada waktu makan setiap tiga jam sekali dengan jumlah kekerapan enam kali sehari. Tiga kali makanan utama dan tiga kali makanan ringan.
 Ibu kena kurangkan makanan yang mengandungi gula dan karbohidrat tinggi. Seperti kuih muih dan minuman manis.
 Ibu kena banyakan pengambilan serat, terutamanya yang larut dalam air seperti epal, biji-bijian dan kekacang.
Ibu yang menghadapi diabetis dan hamil perlu cakna apa yang diambil seharian. Bagi memastikan mibu dan bayi sihat sepanjang kehamilan.

Resepi Jus Buah berkhasiat

March 10, 2017

Assalamualaikum.
Salam pagi Sabtu.
Makan apa hari ini?

Jom minum jus buat sendiri..
sangat bermanfaat dan berkhasiat!

*Carrot + Ginger + Apple*
Boost dan membersihkan sistem dalaman badan..

*Apple + Timun + Saderi*
Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.

*Tomato + Carrot + Apple*
Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.

*Peria + Apple + Milk*
Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.

*Orange + Halia + Timun*
Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan panas badan.

*Nanas + Epal + Tembikai*
Untuk menghilangkan garam berlebihan, membersihkan pundi kencing dan buah pinggang.

*Apple + Timun + Kiwi*
Untuk mencerahkan warna kulit .

*Pear & Banana*
mengawal kandungan gula.

*Carrot + Apple + Pear + Mango*
meredakan panas badan, nyah toksik, menurun tekanan darah dan melawan pengoksidaan…awet muda !

*Honeydew + Grape + Tembikai + Susu*
Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2, meningkatkan aktiviti sel dan kuatkan imuniti badan

*Betik + Nanas + Susu*
Kaya dengan vitamin C , E, Besi, Mencerahkan warna kulit dan metabolisme.

*Pisang + Nanas + Susu*
Kaya dengan vitamin yang berkhasiat dan mengelakkan sembelit

*Carrot + buah keras + madu*

Dikisar halus, jadikan jus, minum seminggu dua kali. Dapat mngurangkan seterusnya menghilangkan pnyakit Gout.

Selamat mencuba!

Cara Makan Vitamin Shaklee

March 10, 2017
Cara Makan Vitamin Shaklee

Selain Lecithin, Omega, Alfalfa dan Zinc, semua vitamin di cadangkan diambil selepas makan.

Walaubagaimanapun sebaiknya tidak mengambil semua vitamin serentak tetapi mengagih-agihkannya diantara selepas beberapa waktu makan seperti lepas sarapan pagi, lepas lunch, lepas minum petang dan lepas makan malam, untuk penyerapan yang terbaik dan perlindungan berterusan sepanjang hari.

Contoh:

* Selepas minum pagi – 1 Vita C & 1 B- Complex, dll.

* Selepas makan tengahari  – 1 vita lea,  1 Vita C, dll

* Selepas makan malam -1 vitalea, 1B co, 1 vita E dll

* Sebelum Tidur – 4 osteomatrix, dtx, 4 herblax  (seminggu sekali) .



 Cara Makan Vitamin Shaklee-
Elakkan:

1 Elakkan mengambil Vita Lea dan Osteomatrix serentak. kerana iron di dalam Vita Lea boleh mengganggu penyerapan Calcium di dalam Osteomatrix.

2 Jangan gunakan air panas untuk membancuh ESP sebab akan merosakkan kandungan protin.

3 Elakkan mengambil vitamin bersama nescafe dan tea, minuman mengandungi kafein, sekurang-kurangnya bagi jarak masa 30 minit antara keduanya, mengelak ganguan penyerapan vitamin.



Cara Makan Vitamin Shaklee dan Ubat-ubatan.

Bagi individu yang sudah berpenyakit dan sedang memakan ubat-ubatan perubatan, juga jarakkan antara pengambilan vitamin dan ubat-ubatan dalam tempoh 30 minit.


Jangan sekali-kali berhenti mengambil ubat-ubatan apabila anda mula mengambil suplimen, kecuali apabila doktor telah mengesahkan anda semakin pulih dan pengurangan ubat adalah atas arahan doktor anda, kerana mendapati anda semakin sihat.

Jerawat

March 10, 2017
Jerawat (acne vulgaris, acne) adalah gangguan pada kulit yang terjadi ketika minyak dan sel kulit mati menyumbat pori-pori. Jerawat merupakan permasalahan yang paling umum pada kulit, yang dicirikan dengan hadirnya komedo, kulit kemerahan karena iritasi, noda hitam, atau bintik merah membengkak hingga bernanah.
1. Jerawat biasa.
Jerawat biasa ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

-blackhead pada hidung

Blackhead (bintik hitam) – Berbeza dengan bintik putih, bintik hitam ini terjadi kerana liang atas telah terbuka dan pigmen kulit telah teroksida dengan oksigen. Ianya belum dijangkiti kuman namun elakkan dari menggunakan scrub muka kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan.

-whitehead pada muka
Whitehead (bintik putih) – Bintik putih ini berlaku kerana sebum telah memenuhi liang kulit muka dan menyebabkannya tersumbat dan kulit telah mati. Liang telah tertutup diatas dan memerlukan rawatan intensif.
-Papules – Liang kulit muka dan sekitar telah dijangkiti kuman dan berlaku radang.
-Pustular-psoriasis
Pustules – Peringkat yang lebih kronik dari papules. Liang kulit muka juga telah diserang kuman dalam tempoh yang lama menyebabkannya radang mengeluarkan nanah dari liang kulit muka.


2. Jerawat Serius Atau Acne Vulgaris
-nodule atau jerawat batu

Nodul -Lebih dikenali sebagai jerawat batu dalam masyarakat kita. Jerawat ini sakit bila disentuh. Kelihatan berbonjol dan bersaiz lebih besar dari jerawat biasa. Lazimnya, akan meninggalkan parut dimuka dan berulang-ulang di kawasan yang sama.

-sista atau cyst
Sista – Sista atau cyst ini terjadi akibat kombinasi jerawat-jerawat nodul yang bercantum antara satu sama lain sehingga membentuk sista yang besar. Jangan sesekali memicit jerawat ini kerana ianya akan menjadikannya lebih merebak dan meninggalkan parut yang tak diingini.

3. Jerawat Kronik Atau Acne Rosacea
Apa itu rosacea
– Masalah kulit muka ini sering disalahtafsir sebagai sejenis jerawat. Sebenarnya ia bukan jerawat dan sudah tentu rawatannya juga berbeza. Acne Rosacea ini wujud sebagai bonjolan bernanah berwarna merah dan tak mempunyai bintik hitam. Seolah-olah sama dgn acne vulgaris. Jika dibiarkan tanpa rawatan, anda berisiko menghadapi bengkak hidung. Disarankan untuk anda berjumpa pakar kulit untuk masalah ini. Lazimnya menyerang wanita berumur 30 tahun dan ke atas.

4. Jerawat Kronik Lain (Severe Acne)
Acne Conblongata
-Acne-vulgaris
– Tahap yang paling teruk bagi Acne Vulgaris. Biasanya menyerang lelaki. Meninggalkan kesan parut kekal dan menyerang kawasan muka, dada, belakang badan, atas tangan, punggung dan peha. Lazimnya menyerang belia berusia 10 tahun ke 30 tahun.

Acne-fulminans
– Masalah kulit ini akan menyerang secara tiba-tiba selepas dijangkiti masalah acne conblongata. Biasanya akan dihadapi oleh golongan lelaki dan usia muda. Simptom-simptomnya diserang demam, gatal yang teruk dan tak bereaksi kepada antibiotik.

Gram-Negative Folliculitis

gram-negative-folliculitis

– diakiatkan oleh jangkitan kuman berkemungkinan kerana kesan dari rawatan antibiotik dalam jangkamasa lama untuk merawat jerawat pustules atau sista. Masalah kulit muka ini jarang berlaku dan boleh dirawat.

Pyoderma Faciale (Rosacea Fulminans)

rosacea-fulminans


– Hanya dihadapi oleh wanita berusia dalam lingkungan usia 20 ke 40 tahun. Simptom yang dihadapi adalah seperti jerawat batu (nodules) besar yang sakit, luka-luka. Menyerang secara mendadak dan berpotensi menyerang mereka yang tak pernah menghadapi masalah jerawat. Ianya akan berlarutan untuk beberapa tempoh tertentu dan akhirnya akan sembuh.

Kenali VIVIX dan komponen utamanya RESVERATROL

March 03, 2017


Kenali VIVIX dan komponen utamanya RESVERATROL 

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  


Apakah itu Resveratrol?

Resveratrol adalah sejenis anti oksida - polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai 'sistem imunisasi' untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.



Kesan-kesan Utama Resveratrol

Melindungi dan mengaktifkan mitokondria - Setiap sel badan mengandungi ratusan mitokondria, ia dikenali sebagai "kilang menjana tenaga" atau "loji tenaga sel". Selain daripada menjana tenaga dan menyelaras metabolisma tubuh, mitokondria juga mengawal proses tumbesaran dan kematian sel-sel. Organ-organ kita akan terpengaruh jika mitokondria mengalami sebarang kerosakan.
Mengaktifkan gen anti-penuaan (Sirtuin 1) - Sirtuin 1 adalah gen anti-penuaan yang membawa kesan terapeutik kepada penyakit-penyakit seperti gangguan metabolik, masalh neurodegeneratif, kanser serta penyakit kardivaskular. Apabila gen Sirtuin 1 diransangkan oleh Resveratrol, ia akan:-
Mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat dan
Mematikan pertumbuhan virus, bakteria serta sel-sel abnormal seperti sel kanser.
Melanjutkan jangka hayat - Penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli sains Itali memaklumkan bahawa Resveratrol mempunyai kesan melanjutkan jangka hayat.
Meningkatkan daya ketahanan - Bagaimana meningkatkan daya ketahanan? Dengan Resveratrol, bilangan dan fungsi mitokondria dalam sel-sel otot ditingkatkan untuk membentuk fiber otot seperti otot ahli-ahli sukan. Daya ketahanan dapat ditingkatkan melalui proses ini.

Membina daya ketahanan terhadap kanser -
Fasa Pertama- Mengurangkan kerosakan sel-sel sihat akibat serangan agen-agen karsinogenik.
Fasa Pertumbuhan-Mengaktifkan gen Sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
Fasa Pertumbuhan Pesat- Mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser.

Kebaikan-kebaikan lain:-
Mengurangkan kerosakan kepada DNA dan sel-sel
Mengurangkan kadar penyakit Alzheimer dan Parkinson
Menyelaraskan paras gula dalam darah, memperbaiki fungsi insulin di kalangan pesakit diabetis
Mengurangkan sekatan pada saluran darah dan pemejalan darah


🌹 Call/WA/SMS : 019-2135266
🌹 FB : Surynn Zain
🌹 IG : Surynn
🌹 FB Page: JagaBadan
🌹 Blog : Surinzain.blogspot.com

VIVIX

March 03, 2017
 
 
Keistimewaan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Kebaikan Vivix Shaklee


o             Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
o             Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
o             Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
o             Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
o             Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
o             Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
o             Membantu merawat penyakit parkinson
o             Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
o             Meningkatkan kesihatan imum badan
o             Menggalakan kesihatan keseluruhan
Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

 
🌹 Call/WA/SMS : 019-2135266
🌹 FB : Surynn Zain
🌹 IG : Surynn
🌹 FB Page: JagaBadan
🌹 Blog : Surinzain.blogspot.com
Powered by Blogger.