Mengayuh basikal satu senaman ke?


23 September 2018 Ahad
Berbasikal di luar rumah adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan. Pagi minggu biasanya, masa yang kami guna untuk berbasikal. Aktiviti berbasikal lebih berfaedah sekiranya,dijadikan satu program untuk membentuk kecergasan fizikal. Tambahan pula berbasikal adalah sesuai untuk semua peringkat umur.
Bagi mereka yang baru nak mula bersenam kembali, aktiviti berbasikal adalah selamat kerana  kira-kira 70% berat tubuh disalurkan kepada tayar basikal berbanding pergelangan kaki.




3 Manfaat Senaman berbasikal:

1. Mengurangkan risiko sakit kronik
    Kajian mendapati berbasikal amat sesuai  untuk diamalkan  oleh penghidap bronchitis dan asma  kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.

2. Memperbaiki mood
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormone endorphin yang membuatkan kita gembira sekaligus membuatkan kita tidak berasa penat dan lebih positif dalam kehidupan seharian.

3. Menurunkan tahap koletrol

Dan banyak lagi faedah bagus yang lain.



Pemandangan cantic di tasik shah Alam,

Alhamdulillah! 3 jam 30 minit  berbasikal.




No comments

Powered by Blogger.