Set Berpantang Shaklee tidak Bagus?

November 27, 2016
Assalamualaikum wbt

Salam Bahagia di hujung minggu!

Kali ni kita nak sama-sama lebih tahu tentang fungsi Set Berpantang Shaklee.

Sebelum tu , apakah yang terkandung dalam Set Berpantang Shaklee?


Set berpantang Shaklee terdiri daripada ESP, Vitalea, Vita C Plus, OmegaGuard,Alfalfa Complex dan Ostematrix.

Bagaimanakah Set Berpantang ini berfungsi?

1.ESP
ESP membantu ibu-ibu pulih dengan

Umrah 2014

November 25, 2016

Kenangan Umrah Mac 2014

November 25, 2016

kulit cantik

November 24, 2016







RAHSIA KULIT SIHAT dalam masa 7 HARI
Ramai orang yang mempunyai masalah kulit yang tidak sihat tetapi malu untuk mengaku.
Selalunya mereka tak tahu cara penjagaan wajah yang betul, sebab itulah pakai apa pun tak menjadi.
Jadi, rahsia untuk mendapatkan kulit yang cantik yang tidak ramai yang tahu ialah:
1. Basuh muka setiap hari
Pilih & gunalah pencuci muka jenis SOAP FREE yang bebas chemical berbahaya. Sabun pencuci muka jenis berbuih kasar hanya merosakkan & mengeringkan kulit.
2. Tambahkan serum dalam set penjagaan wajah anda
Gunakan serum selepas sapuan toner di wajah & leher. Serum merawat masalah kulit sehingga ke lapisan paling dalam. Kemudian jangan lupakan moisturiser pengakhirannya.
Ingin mendapatkan kulit wajah yang cantik & sihat ?
Whatsapp/Call : 0193906276 Fb: Surynn Zain

Harga Vitamin C Shaklee

November 22, 2016
Assalamualaikum wbt

Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik!
Percaya tak?



Bagaimana nak pilih Vitamin C yang terbaik?

Vitamin C merupakan salah satu jenis vitamin yang larut dalam air. Vitamin ini berperanan sangat penting dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melawan radikal bebas. Istilah vitamin C sering merujuk pada asid askorbik yang merupakan bentuk paling umum
Apakah Fungsi Vitamin C
-Mengatasi Demam Selsema
-Sistem Kekebalan Tubuh
-Antioksidan
-Penyakit Mata
-Kesihatan Kulit

WHO World Health Organization menetapkan hanya 45 mg sehari.

Sumber terbaik vitamin C berasal dari buah segar, sayuran dan jus. Setengah gelas (125 ml) jus jeruk mengandung sekitar 50 mg vitamin C. Selain jeruk, kita boleh mendapatkan sumber vitamin C  dari kiwi, strawberry, paprika,  brokoli dan kubis.

Gejala kekurangan vitamin C boleh dilihat dengan kehilangan selera makan, cramp otot, kulit kering, rambut bercabang, gusi berdarah, anemia, infeksi dan luka lambat sembuh.
Berapakah harga Vitamin Shaklee?


Nak tahu?

Hubungi saya untuk tahu harga dan tips berkesan Vitamin C Shaklee dan Tawaran Istimewa !

Whatsapp? Call :0192135266
Fb: Surynn Zain

Set Berpantang

November 22, 2016



Assalamualaikum wbt


Setelah 9 bulan mengandung dan melalui proses kelahiran, seorang ibu haruslah menikmati proses berpantang.

Apakah yang kita faham dengan berpantang?
Amalan-amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.
Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin  Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah berfaedah. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut.

Apakah Rawatan-rawatan yang terdapat dalam proses berpantang?

URUT



Urut merupakan salah satu kemestian dalam amalan berpantang mengikut tradisi masyarakat Melayu. Ini biasanya disertai amalan mandi akar kayu, antaranya dipercayai bagi melancarkan peredaran darah, membuang angin dan melegakan sengal tulang dan otot akibat proses meneran semasa melahirkan. Pakar juga berpendapat bahawa urut adalah antara idea terbaik dalam amalan berpantang kerana ia merupakan senaman pasif yang membantu melegakan tubuh yang tegang akibat sentuhan yang memanaskan sendi, lantas melancarkan peredaran darah. 

BENGKUNG
Pemakaian bengkung, biarpun tampak merenyahkan, antara lain sebagai langkah memberi keyakinan diri apabila perut yang menggelebeh lantaran pasca kehamilan dilindungi, sekaligus membantu mengembalikan bentuk tubuh.

PEMAKANAN
Terdapat aturan pemakanan untuk membantu penyembuhan dan mengembalikan keremajaan seorang ibu. Sebagai contoh , ikan isi putih sepeti ikan selar, ikan bawal putih adalah dibenarkan dimakan semasa berpantang. Namun terdapat ikan berbisa seperti sembilang, bawal hitam dan pari dilarang dengan alasan boleh memudaratkan.
Memakan serat untuk mengelakkan sembelit adalah perlu dalam proses berpantang dengan mematuhi hanya sayur dan ulam yang dibenarkan sahaja seperti sawi dan pegaga.

Saya nak share pengalaman bagus saya berpantang Caessarian dengan menggunakan Set Berpantang Shaklee.
Bagaimana saya mendapat kembali berat ideal 50kg , walaupun berat badan naik 39kg sepanjang tempoh mengandung?
Badan cergas dan sihat .
Mudahkan proses penyusuan baby.

Ya! Dengan disiplin menggunakan Set Berpantang Shaklee; saya menikmati semua kebaikannya.

Antara Kebaikan Set Berpantang Shaklee untuk ibu berpantang :

1.     Mempercepatkan penyembuhan luka bersalin
2.     Mengeluarkan toksin dari badan ibu melalui peluh dan kencing
3.     Membantu banyakkan susu ibu
4.     Membantu ibu kurus dan langsing semula
5.     Membentukkan potongan kontur tubuh yang cantik
6.     Menganjalkan punggung dan payudara
7.     Meningkatkan tenaga ibu untuk menjaga anak dan melakukan tugas harian
8.     Menghasilkan kulit yang cantik dan cerah
9.     Membantu merapatkan faraj dan memperbaiki fungsi keintiman
10.Menguat dan mencantikkan kuku dan rambut ibu, elak keguguran rambut
11.Menguatkan pertahanan imuniti semulajadi ibu dan bayi
12.Menghilangkan kesan stretch marks yang didapati semasa hamil


Selain itu rata-rata ibu yang menggunakan Set Berpantang Shaklee ini memberi feedback bahawa mereka mengalami kesan sampingan berikut :

1.     Semakin bertenaga dan cergas
2.     Senang nak bangun tidur
3.     Fokus meningkat
4.     Susu badan menjadi banyak dan pekat
5.     Kulit menjadi semakin cerah dan parut semakin pudar
6.     Hubungan keintiman suami isteri semakin baik
7.     Mood dan emosi mudah dikawal

NAK TAHU APAKAH SET BERPANTANG SHAKLEE YANG SAYA AMALKAN?

Whatsapp/Call: Surynn Zain

FB: Surynn ZAin


Cara Menghilangkan Jerawat

November 21, 2016
Assalamualaikum wbt

Hai Semua yang positif hari ini!

Hari ini saya nak kongsikan cara mudah dan bagus untuk hilangkan jerawat.

       Avocado dan Madu
Avocado dan madu adalah salah satu kombinasi terbaik untuk mengatasi masalah jerawat.
 Madu memiliki banyak manfaat untuk kulit kerana mengandungi hidrogen peroksida yang bersifat antibakteria.
Avocado kaya dengan vitamin E yang dapat menembus pori – pori kulit dan mengurangi keradangan pada kulit.
1.     Ambil isi avocado dan masukkan ke dalam blender
2.      Hancurkan avocado
3.     Tambahkan satu sendok madu dan kacau rata
4.     Tambahkan juga jus lemon
5.     Sapu masker pada wajah yang berjerawat selama 15 – 20 minit
6.     Basuh dengan air suam dan bilas dengan air batu selepas itu

Baking soda
Baking soda dapat meneutralkan keasida kulit sehingga bakteri penyebab jerawat tidak mampu hidup lama pada wajah anda. Baking soda juga dapat mengikis sel kulit mati dan membersihkan pori – pori yang tersumbat serta menyerap minyak berlebihan
1.     Campurkan 2 senduk baking soda dengan 1  senduk air,  kemudian sapu rata pada kulit wajah yang berjerawat
2.     Biarkan pada wajah selama kurang lebih 15 minit kemudian bilas dengan air suam, air batu dan keringkan

 Lemon
Asid askorbik yang terkandung dalam lemon dapat mengurangi masalah keradangan pada kulit berjerawat serta membersihkan pori – pori wajah yang tersumbat. Lemon juga dikenal baik sebagai pencerah kulit dan penghilang noda pada wajah.
1.     Ambil 1 biji  lemon
2.     Perah jus lemon
3.     Sapukan pada wajah
4.     Biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air sejuk dan lap kering.
5.     Lakukan perawatan ini  sekali  sehari untuk mengatasi masalah jerawat.

Untuk maklumat lanjut:
Call/Whatsapp: 0192135266
fB:Surynnzain


Bagaimana Nak Kurus?

November 21, 2016
Assalamualaikum wbt

Hai! Semua yang cantik dan baik hati!

Hari ini rasa terpanggil nak share tentang BAGAIMANA NAK KURUS?

Bagaimana nak kurus???
Sebagai seorang yang pernah gemuk dari kecil, Kurus memang impian utama hidup saya.
Ianya macam itulah cita-cita saya dari kecil.
Aduhai….kesian kannn…
Jadi rasanya saya sangat faham perasaan orang yang berlebihan berat badan dan mahu kurus.
Ok…sebenarnya nak kurus adalah senang jika kita ada matlamat dan tekad.

Mula-mula ,
A.      Tuliskan Target dan  Kenapa saya mahu kurus?
Contoh:
Target: 50kg
Kenapa saya mahu kurus:
1.       Saya mahu kurus untuk sihat dan cantik
2.       Saya mahu kurus supaya senang beribadat sebab badan sihat
3.       Saya mahu kurus supaya muat sizeXS
Dansebagainya….
Tuliskan jangkamasanya: 3 bulan untuk reduce 12kg: 1st Dec 2016-1st Mac 2017
Tulis dan tampalkan di tempat yang jelas untuk kita lihat setiap hari.
B.      Buat satu buku @jurnal apa makanan yang kita ambil setiap hari. Lakukan secara disiplin.
Cth:
Pagi: Sekeping roti wholemeal
          Secawan kopi dengan stevia
          1 biji epal
Tengahari: Sesenduk nasi
                    1 ketul ayam bakar
                     Semangkuk sup sayur
Minum petang: Secawan kopi + 1  biji epal

Malam: Segelas teh hijau

Pastikan minum air kosong secukupnya mengikut ukuran 1liter air=25kg berat badan
CTH: Untuk 50kg berat=2 liter air kosong.
C.      Lakukan senaman ringan seperti berjalan pantas selama 30min setiap hari.

Mudah bukan!
Lakukan dengan disiplin dan nikmati hasilnya!
Hendak seribu daya !
Untuk maklumat lanjut:
Call/Whatsapp: 0192135266
fB:Surynnzain


Kelas Muay Thai

November 20, 2016


Kelas Muay Thai sangat bagus untuk menguatkan fizikal dan mental anak-anak.

Kencing Manis Ketika Hamil

November 19, 2016


Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan sahaja.

Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya.

Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:

·         mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga;
·         membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya di pertengahan kehamilan dan seterusnya.
Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda menghidap diabetes gestasi. 

Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 

Amalan pemakanan yang baik ialah cara yang baik untuk kekal sihat semasa hamil. Jika anda menghidap kencing manis semasa hamil (diabetes gestasi), adalah penting bagi anda memilih makanan yang betul.
 Anda mungkin dapat mengawal kencing manis dengan mengamalkan pemakanan yang baik dan kerap bersenam. Ini bermakna, anda tidak perlu mengambil sebarang ubat.
Anda mahu tahu lebih lanjut lagi cara elakkan kencing manis semasa hamil?

Whatsapp/Call :  0192135266

Fb: Surynn Zain


Cara Hilangkan Jerawat

November 18, 2016

Jerawat?

Bagaimana nak hilangkan jerawat?

Tips paling mudah ialah untuk luaran.
Cuci muka dengan Mekap Remover .
Kemudian ambil ais dan tekap di seluruh muka.
Amalkan dengan disiplin setiap hari pagi dan malam.
Kulit makin gebu dan jerawat takkan berani muncul lagi.

Dari segi dalaman pula.
Untuk dapatkan kulit yang cantik;

Amalkan Esp + Vitamin C .

Nak tahu lebih lanjut :

fb : Surynn Zain
Fb Page : Jaga Badan
Whatsapp/ Call : 0192135266

Petua Rambut Lebat Dan Elakkan Keguguran Rambut

November 16, 2016
Salam Sejahtera,

Nak rambut lebat tapi dah cuba pelbagai cara tapi  masih gagal?

Rambut adalah mahkota kecantikan kan?

Macamana nak lebatkan rambut dengan mudah?

Cuba Petua ini:
1. Daun Bunga Raya
Semasa kecil dulu , salah satu cara nak lebatkan rambut adalah dengan menggunakan daun bunga raya. Daun bunga raya dapat membantu mengatasi masalah rambut rosak dan kering.
. Untuk membuatnya cukup mudah. Daun bunga raya 10 helai ditumbuk sehingga mengeluarkan lendir. Sapu ke atas rambut yang basah, urut sehingga ke akarnya. Biarkan selama 20 min. Kemudian basuh dengan menggunakan air biasa. Lakukan 3-4 kali dalam seminggu. Hasilnya rambut lebat , cantik dan mudah diurus.
2. Daun Lidah Buaya
Caranya, keluarkan lendir lidah buaya dan sapu ke rambut . Urut selama 10  minit dan biarkan kering. Sesudah itu, basuh rambut seperti biasa. Lakukan 3-4 kali dalam seminggu. anda pasti kagum dengan hasilnya.
3. Santan Kelapa
Ambil semangkuk santan pekat dari sebiji kelapa. Biarkan semalaman. Keesokannya ambil pati yang terkumpul dipermukaan mangkuk. Sapu secara rata di atas kepala. Urut kepala perlahan-lahan untuk memastikan peredaran darah yang lancar.
Mudah bukan?
Selain daripada itu kita juga harus memastikan badan kita mendapat nutrient yang cukup dan seimbang.
Nak tahu rahsia rambut lebat dengan supplement semulajadi Shaklee?

🌹 Call/WA/SMS : 019-2135266
🌹 FB : Surynn Zain
🌹 IG : Surynn
🌹 FB Page: JagaBadan
🌹 Blog : Surinzain.blogspot.com

Tips 1:Turun 7kg 7 hari dan Kurus?

November 16, 2016
Terdesak untuk  kurus dan sanggup lakukan apa saja untuk kurus?

Dah cuba pelbagai produk kurus di pasaran tapi masih belum kurus?

Macamana tu?

Mahu terus berusaha atau give up sahaja?




Mula-mula , ambil sehelai kertas dan sebatang pen.

Tulis matlamat anda untuk kurus.



Powered by Blogger.