Kencing Manis Ketika Hamil
Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia
adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa
kehamilan sahaja.
Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya.
Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya.
Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:
·
mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga;
·
membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya di pertengahan kehamilan dan seterusnya.
Jika badan anda tidak boleh menyediakan
insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah,
lantas mengakibatkan anda menghidap diabetes gestasi.
Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.
Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.
Amalan pemakanan yang baik ialah cara yang baik untuk kekal sihat semasa hamil. Jika anda menghidap kencing manis semasa hamil (diabetes
gestasi), adalah penting bagi anda memilih makanan yang betul.
Anda mungkin dapat
mengawal kencing manis dengan mengamalkan pemakanan yang baik dan kerap bersenam. Ini bermakna, anda tidak perlu mengambil
sebarang ubat.
Anda mahu tahu lebih lanjut lagi cara elakkan kencing manis
semasa hamil?
Whatsapp/Call :
0192135266
Fb: Surynn Zain
Post a Comment